Resepi Bonda...

InsyaAllah, dalam ruangan ni, nak jugak aku kongsikan bersama akan jenis-jenis resepi yang mungkin ianya menarik buat kita bersama... jom usha2 jap..

(makanan yang biasanya dimasak untuk breakfast...)
Kalau kat umah aku... biasa nya memang kitorang akan masak sambal ni pagi...
yang penting manis dan sedap!! aku nk join ni.
k... lets see!!..

SAMBAL PAGI



                     -  Cili padi 7 Biji
                     -  Bawang besar 1 biji
                     -  Bawang putih  3 Biji
                     -  Ikan Bilis seagak (segenggam) - ikut berapa banyak nak buat la...
                     -  Perencah Hilal atau Aji No Moto 1/2 sudu teh
                     -  Gula 1 Sudu Teh
                     -  Garam 1 Sudu Teh.
                     -  Minyak 10 sudu teh
                     -  Asam Keping 1 Keping.

Cara membuatnya:
     1- Tumbuk Cili bersama garam sehingga lumat.
     2-  Panaskan minyak sehingga cukup panas..
     3-  Masukkan Bawang Putih, bawang besar bersama cili yang telah ditumbuk tadi kedalam kuali                          bersama- sama minyak yang telah dipanaskan,
     4- Masukkan gula serta tumis sehingga naik bau. dan masukkan ikan bilis, biarkan sehingga ia sedikit garing. Jangan lupa Perencah Hilal.. kalau aku and my family x suka guna Aji NO Moto.. orang kata tak elok makan mende tu... jadi tukar la ke Perencah Hilal 1/2 sudu teh tadi ke dalam kuali bersama-sama dengan bahan-bahan yang telah ditumis tadi.... And Second Last nye, masukkan sekeping Asam Keping.. haha! kalau masak Sambal Pagi ni, asam keping adalah bende yang wajib aku makan.. Nikmatnye tak terkira dibuatnye.. hahah!. Okeh.. Biarkan sehingga semua rencah tadi betul-betul masak...
Dan sedia dihidang.....
 Sambal Pagi ni sesuai sangat kalau pagi-pagi tu korang makan dengan Pulut... memang menyelerakan.. Tapi kalau tak suka pulut, nasik putih pun dah sedap.... Roti canai pun boleh gak kut.. heheh!..
Selamat Mencuba ye??....



KEK COKLAT POLKADOT


  • 400 gm mentega
  • 200 gm gula kaster
  • 10 biji telur
  • 180 gm kaya (1 tin kecil)
  • 100 gm horlicks
  • 30 gm serbuk koko
  • 150 gm tepung gandum / tepung Hongkong
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar chocolate emulco
  • Biskut jejari secukupnya
 Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu.
  2. Kemudian masukkan chocolate emulco, kaya dan horlicks, pukul hingga sebati.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan yang di pukul sediki demi sedikit, pukul dengan kelajuan perlahan hingga rata. Kaup balikkan adunan hingga bergaul rata.
  4. Alas dasar dan gris teping loyang dengan mentega cair. Masukkan 1 cwn adunan, ratakan. Atur biskut jejari jarak 1/2" antara jaraknya. Kukus hingga masak, lebih kurang dlm 5 minit.
  5. Angkat dan ulang melapis dan mengatur biskut hingga habis. Kukus setiap lapisan hingga masak. Kukus lapisan terakhir dlm 15 minit.
  6. Pastikan kek betul-betul sejuk baru di potong.

REMPEYEK MUDAH & RANGUP!.



BAHAN-BAHAN

# 150gram Tepung beras
# 150gram Tepung jagung
# 1/2 paket jintan manis yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
# 1/2 paket jintan putih yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
# 4 ulas bawang putih - dikisar
# 2 ulas bawang kecil(merah)- dikisar
# Segenggam udang kering - dikisar
# Segenggam ikan bilis - dikisar
# 2 tangkai cili kering.basuh dan kisar bersama bawang.Tak perlu rendam.kita nak rempeyek kita nampak pecahan2 cili tu..
# 1 biji telor
# 200ml santan
# sedikit garam dan 1 sudu secukup rasa (maggi)-
# Air ikut cair. (nisbah yg msniena guna 2 cawan adunan rempeyek + 1cwn air)
# Minyak untuk menggoreng.
# Kacang tanah.

CARA-CARA

Campurkan kesemua bahan kecuali kacang tanah.
cuci kacang tanah sedikit-sedikit dan tos..jangan cuci semua kerana takut kacang tak masak kalau dah kembang.
Msniena guna 2 kuali.satu untuk membentuk, satu lagi letak minyak banyak. mula-mula tuang sesenduk adunan rempeyek dan kacang tanah di dalam kuali pertama. kemudian alihkan ke kuali ke 2 untuk proses memasak seterusnya.cara nie lebih cepat. selamat mencuba ya...

NASI MAQLUBAH (Tanah Arab Punye Masakan)


Bahan-bahan untuk nasi : 
1 kg - daging kambing (direbus biasa) @ pun ayam...
4-5 batang - cili hijau (dipotong tidak terlalu nipis) 
1-2 paket - rempah beriani Maggi
6 cawan - beras basmathi 
 (guna Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam dalam 15 minit sebelum dimasak) 
2 biji kentang - dipotong sederhana besar dan digoreng  *optional
2 biji terung - dipotong sederhana besar dan digoreng*optional
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng  *optional.
Cara-cara memasak :
1. Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging kambing atau pun ayam yang telah direbus empuk dalam periuk tadi.
2. Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi ke Adabi ke.. boleh aja... (yang penting rempah beriani), dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi. 
3. Masukkan garam secukup rasa. Masa ni pun dah terbau dan terasa kelazatannya....
4. Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling atau Ayam bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (mak aku tak letak sayuran ni semua sebab xde stok, tu yang tulis optional tu...lagipun bebudak x gemaq...)
5. Masukkan beras dan 8 cawan air rebusan tadi & ready to cook!
6. Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down' maka haruslah menelangkupkannya!)
7. Pastu tabur lah cashew n daun sup bawang sebab parsli xde....

NASI BERIANI... (ringkas punye)

Bahan Bahan :
  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garan secukup rasa
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)
 Cara Nak masak pulak :
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.


No comments:

Post a Comment